Saturday 12 March 2011

Tazkirah

Jangan Minum Air Sambil Berdiri

Kita tahu bahwa Rasulullah melarang ummatnya untuk minum sambil berdiri. Hal ini tertera dalam beberapa hadits seperti:

“Sungguh janganlah salah seorang dari kamu minum sambil berdiri.” (HR. Imam Muslim (6/110-111)

"Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bahwa sesungguhnya beliau melihat seorang lelaki minum dengan berdiri. Kemudian beliau bersabda kepadanya, “Muntahkanlah!” Orang itu bertanya, “Mengapa?” Beliau bersabda “Apakah kamu suka jika minum bersama dengan kucing?” Orang lelaki itu menjawab “Tidak” Beliau bersabda lagi “Sesungguhnya telah minum bersamamu sesuatu yang lebih buruk dari itu, yaitu syaitan!”

(HR. Imam Ahmad (7990), hadits ini ini sahih sanadnya dan hadith ini muncul juga dengan lafadz yang lain oleh Imam Ahmad (7790 dan 7796)

Lalu mengapa Rasulullah melarang ummatnya minum berdiri seperti yang disebutkan dalam hadis? Ini dibuktikan dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer adalah suatu struktur maskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kemih bisa lewat) dan menutup.


Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada pos-pos penyaringan yang berada di ginjal. Nah, jika kita minum berdiri, air yang kita minum tanpa disaring lagi langsung terus menuju kandung kemih. Ketika langsung menuju kandung kemih, maka terjadi pengendapan di saluran ureter. Kerana banyak limbah-limbah yang menyisa di ureter. Inilah yang boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang berbahaya. Susah kencing itu salah satu penyebabnya.

Cara mengatasinya :

1. Biasakan minum sambil duduk.
2. Banyak minum air putih.

Sekarang, apakah kita masih mahu minum berdiri?

sumber:www.murabbi.net

Wednesday 9 March 2011

Kesah pakcik tua.....

5 Mac 2011 - 3.00 pm

" Laparlah bang jom kita keluar makan malas nak masak" kataku pada hubby ........anak-anak semua pun tak ada kat rumah, along, angah pi kerja, nabilah tusyen..... so tinggallah aku n hubby kat rumah. Lepas makan kami tak terus balik tapi ke pusat hemodylisis Yayasan Sultanah Bahiyah Lebuhraya Sultan Abdul Halim,  saja nak tengok-tengok sambil ziarah sahabat handai yang sedang menjalankan proses rutin mereka.... 4 jam beb.... boring giler...

Setelah minta izin dengan nurse bertugas kami pun masuk ada pesakit yang tengah berdengkur, bersembang dan merenung masa depan... macam-macam ada .......kami jumpa sorang demi sorang pesakit kat situ.... saja beramah mesra...sian depa....macam-macam luahan dapat kami dengar dari mulut mereka, banyak cerita sedih dari yang suka.... tapi yang paling tersentuh dihatiku cerita pak hashim...

Hashim, nama seorang tua, bekas nelayan Kuala Kedah berusia 68 tahun, punya seorang isteri yang juga sakit buah pinggang tapi belum menjalani hemodylisis,   3 anak....yang sulung, lelaki  masih belajar di Melaka, kedua 21 tahun (OKU) dan yang bongsu seorang gadis berusia 18 tahun, tinggal di Kg. Kokbah Pendang.

Pak hashim n isteri tidak mampu untuk bekerja dan hanya mengharapkan wang zakat RM300 dan ihsan kebajikan masyarakat sebanyak RM150 sebulan. Cuba kita bayangkan dengan pendapatan cam tu apa yang dibelanjakan.....

Cerita pak hashim lagi...
 pakcik naik van mai sini... RM110 sebulan tapi ada sorang insan berbangsa tionghua dok jalan putera tolong bayarkan....belanja lampin anak pakcik RM120 sebulan... doktor suruh bedah mata (rabun akibat diebetik) tapi pakcik tak mau buat nak beli kanta tak cukup duit...RM600, dalam telinga pakcik jadi apa tak tau dok keluaq nanah nak kena bedah juga tapi pak cik tak mampu... biar pilah....nak pi hospital pun tambang teksi sekali pi RM35 kalau selalu-selalu pi cam na... jadi pakcik tak mau pi lah....

Aku sedih......di zaman serba maju, bangunan mencakar langit pun masih ada yang terlalu dhaif.... pakcik ni betul2 perlukan pertolongan... berat sama dipikul ringan sama dijinjing....

Aku berdoa semoga pakcik n family beroleh ketenangan walaupun dalam keperitan....Sabarlah pak cik setiap ujian yang diberi Allah SWT kepada kita pasti ada hikmahnya.....mungkin syurga menanti kita di akhirat nanti....Amin........

Wednesday 2 March 2011

Tentang Hidup

MENGHARGAI SEBUAH KEHIDUPAN
  1. Gagal merancang bererti merancang untuk gagal. Hidup kita sudah terbiasa dengan pelbagai rancangan, sama ada apa yang dirancang untuk kita, atau kita sendiri merancang dengan pelbagai harapan.
  2. Hidup berjalan dengan pelbagai perancangan dan jangkaan. Kita melepasi peringkat sekolah rendah – sekolah menengah – universiti – kerja – kahwin – anak – tua – pencen.  Setiap peringkat itu berjaya ditempuh dengan kejayaan mengatasi kebarangkalian ia tidak berlaku. Tidak semua yang bersekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Tidak semua yang di universiti berjaya menggenggam segulung ijazah. Belum tentu semua yang berijazah mendapat kerja. Bukan semua yang bekerja bertemu jodoh, berkahwin, beranak pinak dan mencecah usia tua.
  3. Semuanya sentiasa dengan kebarangkalian harapan tidak tercapai
  4. Hanya satu yang pasti berlaku iaitu MATI! Fikir mati pun mati, tak fikir mati pun mati. Bersedia untuk mati pun mati, tak bersedia untuk mati pun mati.
  5. Justeru janganlah dipanggil bakal Datuk kerana mungkin tidak jadi Datuk. Jangan dipanggil bakal Puan Seri kerana mungkin tidak jadi Puan Seri.
  6. Sebaliknya, WAHAI BAKAL-BAKAL JENAZAH sekalian! Itulah saya dan anda semua.
  7. Islam tak mengajar kita takut dengan kematian tetapi menyedari adanya kematian di hadapan maka HARGAILAH SEBUAH KEHIDUPAN
  8. Teringat kepada perbualan saya dengan ibu bapa yang anak mereka sakit jantung – jangan difikir ajal anak itu kerana mungkin doktor mati dulu kemalangan. Mungkin ibu bapa mati dulu. Mungkin saya mati dulu berbanding anak kecil yang sakit itu. Justeru janganlah dibimbangkan tentang kematian. Sebaliknya hargai setiap detik yang ada.
  9. Nabi SAW bersabda:  صلِّ صلاة مودِّع كأنك تراه ، فإن كنت لا تراه فإنه يراك yakni “bersolatlah kamu dengan solat perpisahan seolah-olah kamu melihat Allah. Jika kamu tidak dapat merasakan yang kamu melihat-Nya, sekurang-kurangnya rasakanlah bahawa Dia itu melihat kamu”.
  10. Kita akan mati di antara dua solat. Tiada jaminan selesai solat Asar, kita sempat sampai ke Maghrib. Justeru setiap solat, lakukanlah ia sebagai solat terbaikmu.
"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

    Tuesday 1 March 2011

    LoVe

    Sejiwa.........


    Pada irama ku berpesan
    Lagu ini ditujukan
    Padanya yang Tersayang
    Kasihku kau pernah dipersia
    Lalu kubawa cintaku
    Sebagai penawarnya
    Biar lukamu masih terasa

    Sesaat engkau tidak ku temu
    Bulan seakan pilu
    Tiada dapat beradu
    Begitu jika engkau membisu
    Badai jauh dilautan
    Tiada ketepian
     
    Sebegitu cintaku padamu
    Usahlah cinta dibawa bersama
    Ditenggelami mentari di timur
    Gelap gelita tiada bercahaya
     
    Ku tiada berdaya............

    Aku seorang isteri dan ibu yang paling bahagia, akan ku cuba untuk terus bahagia dan membahagiakan suami dan anak-anak tersayang....
    Doa ku buat ayah dan ibu tersayang moga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

    ceria-ceria pagi....

    Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi.
    Apakah manusia mampu senyum tanpa sebab?
    Apakah manusia boleh melemparkan senyuman sejati jika tujuan senyumnya tidak dapat dikenal pasti.
    Maka jika seseorang itu benar-benar mahu membahagiakan kehidupan seseorang, bantulah ia agar tersenyum sendiri. Senyum dari hati, yang bukan dibuat-buat tanpa erti.