Tuesday 13 September 2011

Tinggal Kenangan............

Buat suami tercinta,

Dua bulan yang lalu, kembalinya kau ke pangkuan Ilahi, mengingatkan aku tentang pertemuan,perjalanan,kemesraan dan kasih sayang.....
Ada kenangan yang dikutip....
Ada senyum yang masih segar....
Ada tutur yang manis, semanis kata selembut wajahmu.......
Kali pertama bertemu di JPBD (Spatial Negara-plaza pekeliling) kau tersenyum mesra...
Kemudian timbulnya bibit cinta antara kita....(1983)
Kemudian menyusuli ke rumahku di hari raya (1984)
dan ku susuli kembali ke teratakmu esoknya kau menyambut mesra...

Kita diikat dengan ikatan pertunangan Sept 1985 dan dinikahkan di majlis yang sederhana tetapi meriah - Dis 1985...
disinilah bermulanya kita layari bahtera rumahtangga....

Jan 1986 kau sambung belajar di ITM Shah Alam dan kita harungi susah senang, suka duka dan hidup serba kekurangan bersama diteratak kecil di Kg Pasir, Pantai Dalam...
Masih ku ingat kau menggendong ketika aku hamil anak pertama kita dalam suasana banjir...amat terharu di atas kasih sayang mu....terima kasih suamiku...

20 Okt 1986 cahayamata sulung kita dilahirkan sebagai pengikat cinta kita
01 Jan 1987 aku ditukarkan ke Alor Setar (JPBD Zon Utara)
Kita berpisah buat sementara
Namun....
10 Ogos 1988 aku lahirkan anak kedua kita
18 Okt 1988 kau tamat belajar dan ditugaskan di Kuala Lumpur
tapi hanya sementara..
Sekitar Mac 1989 kau bertukar suka sama suka dengan Ali Che Mat (TQ Ali)
Kita bersama semula (Jalan Titi Siam)
Awal 1990 Kita berpindah ke Perumahan Awam Mergong
21 Feb 1990 lahir anak ketiga kita...
Ekonomi dah stabil tika ni...Kita beli rumah
Hujung tahun 1990 kita berpindah ke rumah baru di Taman Desa Barat dan harungi hidup bersama dan dikurniakan 3 lagi cahaya mata :
28 Ogos 1992
17 Ogos 1995
09 Mac 1997
Kita amat bahagia bersama 6 cahaya mata kita walau kekadang dilanda ombak, namun kita harungi onak dan duri dengan penuh hikmah dan restu Ilahi......Dalam mengharungi rumahtangga bersama kita juga kehilangan ibubapaku, ibubapa, adik dan bangmu...

01 Okt 2000 kau bertukar angin berubah haluan bertugas dengan MDB....berulang setiap hari - letih tapi kau amat bangga, ceria dalam suasana baru tabur bakti di bumi Baling...

2010 - tahun bermulanya pelbagai penyakit menghinggap.. satu deni satu...namun kau tabah, sabar dan redha dengan ketentuan Ilahi...Aku tau kau menderita kesakitan... dalam kepayahan kita tetap berusaha, berdoa memohon kepada Allah SWT supaya meringankan beban sakit yang ditanggung...aku terharu dengan kesabaran mu...hospital adalah rumah kedua kita... susah senang kita tetap bersama...

10 Julai 2011 kau dimasukkan ke wad lagi kerana penat... terus berjuang...
12 Julai 2011 namun kau pergi jua menemui Pencipta..

aku redha, aku tau Allah sayang kamu, semua sayang kamu, kau cuma dipinjamkan hanya untuk sementara... Kau milik Allah, aku milik Allah dan semua makhluk milik Allah dan semuanya akan dipanggil menemuiNya tapi entah bila...
ku renung sekujur tubuh kaku...tiada lagi nyanyian merdu, tiada lagi suara yang mengalunkan Surah Sejadah dan Al Insan, suara ejekan untuk anak-anak, tiada lagi senyum sinis, sindiran dan tawa riang.....sayunya aku...

cucur kodok, bubur jagung, masak asam, masak lemak ikan masin adalah nostalgia bagiku...
durian sampai hari ini masih ku simpan di freezer....
rindu serindu-rindunya pelukan mesra, gurau senda, tutur kata dan saat bahagia antara kita.....
Suamiku, terima kasih di atas segalanya, hampir 27 tahun kita layari bahtera rumahtangga..
Kini kau tiada... sepi-sesepinya

Hari ini hanya mampu ku hadiahkan secebis doa, sebaris Al Fatihah dan air mata sebagai penyejuk di alam sementara....mohon maaf di atas segalanya....
Doaku kau ditempatkan bersama para anbia' dan para solihin.............

Perubahan?

Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya kita boleh.
Terdapat dua jenis perubahan sebagai pilihan kita iaitu positif atau negatif?.
Perlu kita fikirkan bersama.....

Mengapa untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?

"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37

"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62

Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.
Yang mana lebih kita kejarkan? Perubahan yang lebih baik atau yang sebaliknya?

Pastinya yang lebih baik.

Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang penuh onak, duri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.

Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:

"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama ni, buat tabiat kot...!"

"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"

Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.

Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah SWT lebih mengenali hambaNYA dari diri kita sendiri.

Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah SWT selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri hambaNYAini.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2

Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?

Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.

Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.

Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.

Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.

Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.

- Artikel iluvislam.com

Glosari: futur bermaksud sikap malas, melambat-lambatkan dan bertangguh dalam keadaan dulunya sentiasa pantas dan efisien...........

Sumber Grafik: Are You Afraid of Changes?

Sunday 11 September 2011

istanaku banjir kilat

semalam aku cuti.......
5.30 pagi - bangun tidur terus ke bilik air, air naik penuh, jengok tandas - air penuh juga, ke dapur buka tingkap hujan mencurah dengan lebatnya kat luar... lepas tu buat apa patut terus ke bilik....
6.00 pagi - kataku padaangah "sat gi kalau nak ambik wudu' jangan masuk bilik air - banjir", tak lama lepas tu angah keluar aje dari bilik terus jerit... " mama, air dah naik dalam rumah cam na ni.... nak buang air, nak solat....aku kejutkan semua anak2ku " bangun lekas air naik penuh rumah dah ni"....masa tu dalam bilik belum naik lagi".... "cepat kemas apa yang patut, angkat letak atas katil, atas meja, atas kabinet....buka pintu tengok kat porch dan jalan depan dah jadi sungai.... cepat sungguh air naik...
6.30 pagi "cam na nak ambik wudu' ni"....."aku kata tok sah buat susah tak dak kompromi kalau dengan solat ni - pi ambik timba isi air letak depan bilik mama (tak masuk air - tinggi sikit) lepas pi ambik wudu kat dapur basuh kaki kat depan bilik tu - solatlah"....(moral : apa pun terjadi solat perlu didahulukan).
cari bata, letak kabinet kasut... anak-anak angkat apa yang perlu, aku masak nasi lemak... lapar hujan-hujan ni.....kaki naik kembang harungi air banjir... kita tak dak pilihan, hidup perlu diteruskan...

Hujan kat luar rintik2... air koi pelan surut...dalam rumah makin kering... lepas makan mula basuh rumah pulak...siap semua tengahari.... letihnya kami anak beranak.... : kita cuma kena sikit aje, orang lain dengan banjir selut entah cam na depa cuci... kesian depa".... walau macammana pun aku amat bersyukur dengan ujian yang sedikit ini....lagi pun kami ramai, buat sorang sikit sat aje siaplah...

{Allah hanya akan memberi ujian kepada hambaNya sekadar yang boleh ditanggung oleh hambaNYA... Allah Maha Adil, Maha Mengetahui dan Maha Penyayang)...

Monday 5 September 2011

Pedihnya suatu kehilangan....

Bertahun-tahun kita bersama mengharungi suka duka, pahit manis sebuah kehidupan ... kita layari, kita harungi dengan kesabaran walau pelbagai ujian, dugaan... namun kita tempuhi tanpa kekesalan. Terlalu banyak kenangan bersama.

Kita bina rumahtangga paling bahagia bersama anak-anak, penuh kasih sayang, penuh kerinduan.... kita hadapi dugaan, cabaran dengan ketabahan.

Kini kau tiada... aku sepi, aku rindu, kau pergi tika semua menyayangi, memerlukan dan mengharapkan mu..... Kehilanganmu seolah-olah kosong jiwaku, padam pelita hatiku namun.....aku redha dengan takdir Ilahi yang aku dan semua orang tau bahawa Pencipta kita amat menyayangimu dan mengambil kembali setelah dipinjamkan sementara kepada aku dan anak-anak kita...

Kini aku sendiri mengharungi kehidupan.... anak-anak menyembuh duka dikala sunyi, pembakar semangat hidupku. Aku juga tau Allah SWT sentiasa bersamaku, berikan aku kekuatan, ketabahan dan hidup perlu diteruskan......

Aku tangisi pemergian mu bukan kerana aku marah, bukan juga kerana menyesal dengan kehendak Ilahi tapi aku cuma seorang insan kerdil yang lemah, punya perasaan dan hanya air mata saja menemaniku setiap kali kau ku ingati, ku rindui....

Ayat suci Al-Quran, doa , jariah yang dapat ku kirim padamu di samping ku harapkan anak-anak kita dapat menyambung kebaikanmu, luhur budimu... Insya_Allah akan ku didik mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...

Saat bahagia bersama anak-anak
Kau tetap dihatiku
Ku juga mohon pada Ilahi agar diampunkan dosa-dosa kita, semoga kau ditempatkan bersama para anbia' dan para solihin. Moga kita dipertemukan di syurga nanti dan aku ketua bidadarimu yang pasti tiada lagi kehilangan....

Al Fatihah.... buat suamiku tercinta Tn. Hj. Johari bin Hj. Ali yang telah kembali ke Rahmatullah pada 10 Syaaban 1432H bersamaan 12 Julai 2011.

Hibanya bila Ramadhan meninggalkan kita

Syawal akan menjelang tiba.... tapi kita akan kehilangan Ramadhan 1432...Ada insan yang suka, tapi yang mengetahui besarnya erti Ramadhan dalam kehidupan kita pasti akan hiba...

Renungan bersama kenapa kita patut sedih dengan perginya Ramadhan.... Adakah kita akan bertemu di Ramadhan tahun depan? Hanya Allah yang maha mengetahui....

Bulan Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirnya adalah kemerdekaan (dilepaskan) dari neraka (Riwayat Imam Muslim). Dalam Quran terdapat banyak ayat yang bermaksud “.. sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.

Bulan Ramadan terbahagi kepada 3 fasa iaitu 10 hari pertama adalah fasa rahmat, 10 hari kedua sebagai fasa keampunan, manakala 10 hari terakhir adalah fasa kemerdekaan (terlepas) dari api neraka.

Rahmat dan Sifat Pengasih

Bulan Ramadan adalah bulan kerahmatan, bulan Allah menunjukkan sifat pengasihnya sehingga dihentikan seksa kubur ke atas umat Islam dan ditutup pintu-pintu neraka dalam bulan ini.

Rahmat Allah, yang Allah turunkan ke dunia ini hanyalah satu per seratus sahaja, dengan 1 bahagian yang diturunkan inilah menjadikan makhluknya bersifat kasih mengasihi antara satu sama lain.

Hadith riwayat Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagian. Dia menahan rahmat di sisi-Nya sebanyak sembilan puluh sembilan dan diturunkan ke bumi hanya satu bahagian. Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain sehinggakan binatang mengangkat kaki dari anaknya kerana takut terpijak atau menyakiti anaknya.

Rahmat Allah jugalah yang memerdekakan kita daripada api neraka.

Daripada Jabir r.a katanya, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim)

Keampunan dan Sifat Pengampun

Bulan Ramadan adalah bulan keampunan dan Allah s.w.t. menunjukkan sifat pengampunnya melalui beberapa tawaran pengampunan dosa kepada mereka yang berpuasa dengan ikhlas dan penuh keimanan, mendirikan sembahyang malam (tarawih), mengenyangkan orang yang berbuka puasa, menghidupkan malam Lailatul Qadar dan bertadarrus.

Jangan putus asa dari rahmat Allah, kerana rahmat Allah itu lebih besar dari langit dan bumi.

Az-Zumar [53] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Allah sangat suka pada mereka yang memohon keampunan, bahkan dalam sebuah hadith ada disebut:

“Demi Zat yang menggenggam jiwaku, sekiranya kalian tidak pernah berbuat dosa, nescaya Allah akan mematikan kalian dan menggantikan dengan kaum yang berbuat dosa, lalu mereka memohon ampun kepada Allah dan Allah pun mengampunkan mereka.”

Sunday 4 September 2011

story semasa

"dah lebih 9 tahun hang batuk man"..... tak jumpa  doktor ke? awat dok biaq .....selalunya kalau batuk lebih daripada 2 minggu tak lega misti ada sebab lain.....caya cakap aku"...zali terkejut bila dok dengaq man dok batuk tak berenti .....



"aku dah berubat rata dah.... bomoh pi, hospital pi, klinik tak larat nak atuq dah.... Allah tak izin nak sembuh lagi"... Insya-Allah ada rezeki ok lah tu.... kita usaha, kita doa moga cepat baik....

"ustaz mail hari tu cam tu gak.... sampai kurus kering batuk... dr kata TB tapi bila pi hospital buat check-up darah ok aje....pas tu orang petua kat dia pi kat ustaz harun di pondok hj bakar.....Alhamdulillah la ni ok dah.....cuba hang pi tengok mana tau kot Allah nak izin". tambah zali lagi dan bagi nombor telefon ustaz harun kpd man untuk dihubungi...

Man pi jumpa us harun pada esok pagi dengan membawa 2 botol air mineral...setelah jampi ustaz kata 1 botol minum satu botol lagi mandi... "esok mai lain".
Man buat apa yang disuruh dan esok pagi jumpa ustaz lagi...dipendekkan cerita.. ustaz kata man kena santau. Ustaz kata dia akan cuba berubat tapi yang menyembuhkan Allah Taala.

Setelah ustaz harun jampi pas tu tadah ngan kapas keluar darah beku ngan serbuk kaca belambak...3 hari ulang pi keluar benda yang sama...seminggu lepas tu pi pulak keluar macam pasir halus kelabu kehitaman melalui tulang belakang...banyak kali dok ulang pi batuk pun alhamdulillah lega... syukur dengan nikmat Allah SWT..

Moral story ni nak bagitau kita kena beringat tak semua penyakit hanya boleh berubat di klinik dan hospital saja... ada yang kena berubat dengan ayat suci Al Quran dan kepakaran pakar alternatif yang mengamalkan perubatan Islam.

dan... beringat tak semua orang baik, rambut sama hitam tapi ada yang hati busuk, jiwa hitam....banyakkan baca Al Fatehah, Ayatul Qursi dan 3 Qul setiap malam sebelum tidur... InsyaAllah kita akan mendapat perlindungan daripada Allah SWT.

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar.
(Al-Baqarah ayat 255)

Eidulfitri Yang Suram - 1432

Salam Eidulfitri buat semua muslimin dan muslimat.....

Tanggal 29 Ramadhan kami sekeluarga pulang berhari raya di 207 Taman Tanjung Puteri Kuala ketil, dua anak lelaki terus ke kubur ayahnya untuk memasang nisan yang dah lama siap, tapi tidak sempat untuk dibawa ke tanah perkuburan berhampiran Masjid Kuala Ketil. Inilah peluang yang ada. Kami anak beranak sibuk mengemas rumah yang dah lama tidak berpenghuni... kotor dengan habuk...dah hampir maghrib...Angah kerja, yang tinggal aku, acik, fatin dan aimi... aku minta acik dan fatin keluar cari juadah untuk berbuka puasa ....beli aje tak masak pun letih sangat...

Kami berbuka dengan nasi, tomyam, somtam, ayam paprik, tauhu sumbat dan pecal.... semua keletihan, malam terakhir bulan Ramadhan yang meninggalkan kita dengan penuh kesyahduan, kepiluan, kesayuan dan dah tak terawih bagi 1432H...Syawal menjelma dengan takbir yang sayu...pedihnya jiwaku, pilunya hatiku, terkenang allahyarham suamiku yang telah mendahului kami menemui Ilahi bulan lalu... tak sempat dia menemui Ramadhan yang barakah bagi tahun ni...

Kami solat maghrib dan tak lama lepas tu kedengaran di surau berhampiran takbir raya.... aku cuba tabahkan hati, tahan perasaan, sengkang mata supaya jangan mengalirkan air mata.... namun aku hanya wanita, insan yang lemah terus terisak-isak di malam raya dan turut mengalunkan takbir raya hingga ke waktu Isya'.

Hampir jam 10.00 pm. Zali ( adik Allahyarham Johari) dan keluarganya datang diikuti Lang adikku dan famili sebelah suaminya datang hantar 2 batang lemang dan berbagai juadah lain... kami menjamah makanan sambil berborak-borak sampai jam 12.00 mlm.. ngantuk dan letihnya aku hanya Tuhan yang tahu....

T.i.d.u.r................

Esok pagi lagi aku dah bangun, masa tu 4.00 pagi kot... tak leh lena dah... buat apa patut....Lepas subuh terus masak nasi beriani dan ayam merah, buat teh "o" letak atas meja untuk dijamah oleh anak2ku ...

Anak2 mandi dan bersiap untuk ke Masjid solat eidulfitri, aku tak dapat bersama kerana masih dalam iddah...teruskan tugasku memasak dan mengemas. Salah sorang anakku juga tak dapat ke Masjid uzur....so kami tinggal berdua. Rindunya nak juga ke masjid solat sunat syawal dan ziarah dipersinggahan Jo... Tapi apakan dayaku...

Anak2 balik lepas menziarahi pusara ayahanda, nenda dan paman mereka yang berhampiran masjid... kami makan bersama, sedih.... satu kerusi kosong....abah dah tiada...

Sesi bergambar... aku sekali lagi sayu...tempat abah tak diisi...belum sempat anak2 ku habis berposing Zali dan famili datang dan sekali lagi kami menjamu selera dan teruskan berposing...dan beramai2 pergi beraya...

Aku sendirian di rumah boringnya hanya Allah yang tahu... masa tu terbayang semua kenangan sewaktu menyambut hari raya bersama Allahyarham suami, ibu, bapa dan mertua penuh bahagia, meriah...semoga Allah cucuri rahmatNya ke atas roh kalian... Jam 4.30 pm anak2ku balik...mereka ke rumah bapa saudara di Kuala Merah, rumah mertua Lang di Kg. Besah dan rumah Pak Ali (kawan rapat, mandor abah)di Tawar.

Lepas tu ada yang tidur keletihan, layan TV... Along dan Aizat hantar Angah kerja malam di KMC Alor Setar, tengah malam baru balik aku dah hanyut dibuai mimmpi...