Sunday 4 September 2011

Eidulfitri Yang Suram - 1432

Salam Eidulfitri buat semua muslimin dan muslimat.....

Tanggal 29 Ramadhan kami sekeluarga pulang berhari raya di 207 Taman Tanjung Puteri Kuala ketil, dua anak lelaki terus ke kubur ayahnya untuk memasang nisan yang dah lama siap, tapi tidak sempat untuk dibawa ke tanah perkuburan berhampiran Masjid Kuala Ketil. Inilah peluang yang ada. Kami anak beranak sibuk mengemas rumah yang dah lama tidak berpenghuni... kotor dengan habuk...dah hampir maghrib...Angah kerja, yang tinggal aku, acik, fatin dan aimi... aku minta acik dan fatin keluar cari juadah untuk berbuka puasa ....beli aje tak masak pun letih sangat...

Kami berbuka dengan nasi, tomyam, somtam, ayam paprik, tauhu sumbat dan pecal.... semua keletihan, malam terakhir bulan Ramadhan yang meninggalkan kita dengan penuh kesyahduan, kepiluan, kesayuan dan dah tak terawih bagi 1432H...Syawal menjelma dengan takbir yang sayu...pedihnya jiwaku, pilunya hatiku, terkenang allahyarham suamiku yang telah mendahului kami menemui Ilahi bulan lalu... tak sempat dia menemui Ramadhan yang barakah bagi tahun ni...

Kami solat maghrib dan tak lama lepas tu kedengaran di surau berhampiran takbir raya.... aku cuba tabahkan hati, tahan perasaan, sengkang mata supaya jangan mengalirkan air mata.... namun aku hanya wanita, insan yang lemah terus terisak-isak di malam raya dan turut mengalunkan takbir raya hingga ke waktu Isya'.

Hampir jam 10.00 pm. Zali ( adik Allahyarham Johari) dan keluarganya datang diikuti Lang adikku dan famili sebelah suaminya datang hantar 2 batang lemang dan berbagai juadah lain... kami menjamah makanan sambil berborak-borak sampai jam 12.00 mlm.. ngantuk dan letihnya aku hanya Tuhan yang tahu....

T.i.d.u.r................

Esok pagi lagi aku dah bangun, masa tu 4.00 pagi kot... tak leh lena dah... buat apa patut....Lepas subuh terus masak nasi beriani dan ayam merah, buat teh "o" letak atas meja untuk dijamah oleh anak2ku ...

Anak2 mandi dan bersiap untuk ke Masjid solat eidulfitri, aku tak dapat bersama kerana masih dalam iddah...teruskan tugasku memasak dan mengemas. Salah sorang anakku juga tak dapat ke Masjid uzur....so kami tinggal berdua. Rindunya nak juga ke masjid solat sunat syawal dan ziarah dipersinggahan Jo... Tapi apakan dayaku...

Anak2 balik lepas menziarahi pusara ayahanda, nenda dan paman mereka yang berhampiran masjid... kami makan bersama, sedih.... satu kerusi kosong....abah dah tiada...

Sesi bergambar... aku sekali lagi sayu...tempat abah tak diisi...belum sempat anak2 ku habis berposing Zali dan famili datang dan sekali lagi kami menjamu selera dan teruskan berposing...dan beramai2 pergi beraya...

Aku sendirian di rumah boringnya hanya Allah yang tahu... masa tu terbayang semua kenangan sewaktu menyambut hari raya bersama Allahyarham suami, ibu, bapa dan mertua penuh bahagia, meriah...semoga Allah cucuri rahmatNya ke atas roh kalian... Jam 4.30 pm anak2ku balik...mereka ke rumah bapa saudara di Kuala Merah, rumah mertua Lang di Kg. Besah dan rumah Pak Ali (kawan rapat, mandor abah)di Tawar.

Lepas tu ada yang tidur keletihan, layan TV... Along dan Aizat hantar Angah kerja malam di KMC Alor Setar, tengah malam baru balik aku dah hanyut dibuai mimmpi...

No comments:

Post a Comment