Monday 5 September 2011

Pedihnya suatu kehilangan....

Bertahun-tahun kita bersama mengharungi suka duka, pahit manis sebuah kehidupan ... kita layari, kita harungi dengan kesabaran walau pelbagai ujian, dugaan... namun kita tempuhi tanpa kekesalan. Terlalu banyak kenangan bersama.

Kita bina rumahtangga paling bahagia bersama anak-anak, penuh kasih sayang, penuh kerinduan.... kita hadapi dugaan, cabaran dengan ketabahan.

Kini kau tiada... aku sepi, aku rindu, kau pergi tika semua menyayangi, memerlukan dan mengharapkan mu..... Kehilanganmu seolah-olah kosong jiwaku, padam pelita hatiku namun.....aku redha dengan takdir Ilahi yang aku dan semua orang tau bahawa Pencipta kita amat menyayangimu dan mengambil kembali setelah dipinjamkan sementara kepada aku dan anak-anak kita...

Kini aku sendiri mengharungi kehidupan.... anak-anak menyembuh duka dikala sunyi, pembakar semangat hidupku. Aku juga tau Allah SWT sentiasa bersamaku, berikan aku kekuatan, ketabahan dan hidup perlu diteruskan......

Aku tangisi pemergian mu bukan kerana aku marah, bukan juga kerana menyesal dengan kehendak Ilahi tapi aku cuma seorang insan kerdil yang lemah, punya perasaan dan hanya air mata saja menemaniku setiap kali kau ku ingati, ku rindui....

Ayat suci Al-Quran, doa , jariah yang dapat ku kirim padamu di samping ku harapkan anak-anak kita dapat menyambung kebaikanmu, luhur budimu... Insya_Allah akan ku didik mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...

Saat bahagia bersama anak-anak
Kau tetap dihatiku
Ku juga mohon pada Ilahi agar diampunkan dosa-dosa kita, semoga kau ditempatkan bersama para anbia' dan para solihin. Moga kita dipertemukan di syurga nanti dan aku ketua bidadarimu yang pasti tiada lagi kehilangan....

Al Fatihah.... buat suamiku tercinta Tn. Hj. Johari bin Hj. Ali yang telah kembali ke Rahmatullah pada 10 Syaaban 1432H bersamaan 12 Julai 2011.

1 comment:

  1. Terasa sgt kehilangan sorang sahabat yg peramah, periang dan suka tolong kawan2. Al Fatihah untukmu kawan smoga di rahmati dan di lindungi Allah
    Sama2 kita doakan yg terbaik untuk allahyarham, giliran kita menyusul

    kebaikan dalam kenangan

    ReplyDelete